Comments Off

selepas istiadat merisik,iaitu permulaan dalam adat kebudayaan yang merangkumi nilai nilai adat resam yang juga dituntut dalam agama sebelum mendirikan rumahtangga.

selesai istiadat ini, upacara pertunangan bakal dilangsungkan yang mana hantaran sirih junjung merupakan gubahan utama disusuli dengan sebentuk cincin pertunangan dan gubahan gubahan yang lain seperti sepersalinan pakaian, kuih muih tradisional dan buah buahan mengikut kemampuan pasangan.

setiap jenis hantaran mempunyai makna dan simbolik dengan harapan perhubungan ini akan bahagia dan berkekalan. lazimnya bahulu merupakan salah satu hantaran kuih muih tradisional.

Gubahan set bahulu ikan kini ditawarkan untuk tempahan

sebelum majlis persandingan, upacara adat istiadat ini disempurnakan dengan majlis pernikahan. berlangsungnya akad nikah yang menyatukan pasangan pengantin diiringi dengan majlis khatam Al Quran yang sebaik baiknya diutamakan berbanding hiburan yang lain. moga moga mendapat keberkatan.

persiapan majlis perkahwinan dipermudahkan

cenderahati majlis biar kami uruskan

Comments are closed.